Sukan

Safa Telah tamatkan kontrak pemain pasukan Piala Presiden dan Piala Belia

image

KOTA KINABALU: Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) menamatkan kontrak semua pemain Piala Presiden dan Piala Belia Sabah bermula bulan depan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) Datuk Peter Anthony berkata langkah tersebut diambil kerana dua kejohanan itu telah dihentikan untuk musim ini akibat impak Covid-19 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Safa sudah menerima surat daripada FAM memaklumkan pembatalan kedua-dua kejohanan. Bagi pihak Safa kita bersetuju,” katanya.

Peter berkata Safa akan benarkan para pemain muda ini menyarung jersi Sabah sekiranya masih berminat tahun depan.

Mengenai nasib Liga Super Malaysia, Safa masih lagi menunggu maklumbalas daripada FAM, katanya.-Sabah News Kini

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda