Luar Negara

COVID-19: Tujuh wilayah di Jepun diisytihar darurat

image
TUJUH wilayah di Jepun diisytihar darurat susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 di negara itu. Perdana Menterinya, Abe Shinzo menguumkan, pengisytiharan tersebut adalah bagi melaksanakan langkah yang lebih ketat untuk mengekang penularan wabak tersebut di negara itu. "Memandangkan situasi kini bertambah buruk sehingga menjejaskan kehidupan rakyat dan ekonomi di negara ini, saya mengisytiharkan darurat," katanya. Memetik laporan AFP, pengisytiharan tersebut membenarkan kerajaan di tujuh wilayah termasuk Tokyo untuk mendesak orang ramai duduk di rumah dan menutup perniagaan mereka sehingga 6 Mei ini. Tujuh wilayah itu adalah di Tokyo, Chiba, Kanagawa, Saitama, Osaka, Hyogo dan Fukuoka. Bagaimanapun, beberapa pasar raya dan beberapa kedai sektor utama akan terus beroperasi tanpa sebarang penalti atau denda dikenakan. "Walaupun saya sudah isytihar darurat, tetapi ia tidak bermakna pelaksanaan darurat ini seperti di luar negara. "Kami akan terus cuba memutuskan rantaian jangkitan wabak ini tetapi dalam masa sama akan memastikan ekonomi negara dan sektor utama seperti pekhidmatan awam akan tersebut beroperasi," jelasnya.
Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda