Berita Semasa

MENZIARAH KUBUR, BERPESTA ANTARA DILARANG PADA AIDILFITRI DAN KAAMATAN NANTI

image

KOTA KINBABALU: Kunjungi rumah saudara atau sahabat handai, ziarah kubur dan berpesta antara yang dilarang pada perayaan Aidilfitri dan Pesta Kaamatan akan datang.

Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN), Datuk Safar Untong dalam satu kenyataan hari ini, berkata, sambutan pada hari perayaan berkenaan hanyalah dibenarkan di kalangan keluarga yang tinggal serumah sahaja dan tidak melebihi 20 orang serta bergantung kepada keluasan rumah.

“Kerajaan negeri Sabah menerusi Sabah COVID-19 Command Centre menasihati
semua rakyat di Sabah untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sambutan perayaan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri dan perayaan kebudayaan etnik.

“Antara aktiviti yang tidak dibenarkan semasa perayaan adalah seperti kunjung-mengunjung ke rumah saudara mara atau sahabat handai; balik kampung; rumah terbuka; berjemaah di masjid atau rumah Ibadat; kenduri-kendara; ziarah kubur atau tahlil; marhaban dari rumah ke rumah; dan
berpesta,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri berharap dengan pematuhan SOP ini, ia dapat membantu mengurangkan penularan jangkitan Covid-19 di kalangan
komuniti.

“Orang ramai juga adalah dimohon untuk memastikan penjagaan kesihatan dan
kebersihan diri sentiasa diutamakan dan mengamalkan penjarakan sosial,” katanya lagi.-http://beritasabah.com

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda