Kesihatan

TIADA KES BAHARU DI SABAH, JUMLAH KES AKTIF KEKAL 30 : COVID-19

image

KOTA KINABALU: Tiada kes Covid-19 baharu dicatatkan di Sabah hari ini dengan jumlah keseluruhan kes yang pernah direkodkan kekal sebanyak 338 kes.

Statistik terbaharu yang dimuat naik Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung dalam Facebook beliau sebentar tadi turut menyaksikan tiada pesakit sembuh dan discaj hari ini.

Jumlah kes sembuh di Sabah kekal sebanyak 303 manakala jumlah kes Covid-19 aktif yang masih menerima rawatan juga kekal sebanyak 30 kes.

Sementara itu, tiada kematian dicatatkan di Sabah, hari ini, dengan jumlah korban akibat Covid-19 di negeri ini kekal lima kes iaitu tiga kes berlaku di Kota Kinabalu manakala Tawau dan Tambunan masing-masing satu kes.

Sabah juga kini menjadi negeri ketujuh tertinggi mencatatkan Covid-19 di belakang Selangor yang mencatat sebanyak 1,673, Kuala Lumpur (1,637), Negeri Sembilan (778), Johor (669), Sarawak (544) dan Pahang (339).-http://beritasabah.com

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda