Kesihatan

TIADA KEMATIAN DI MALAYSIA HARI INI, 50 LAGI KES BAHARU : COVID-19

image

KOTA KINABALU: Tiada kematian akibat Covid-19 di Malaysia, hari ini, namun, sebanyak 50 lagi kes baharu dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang pernah direkodkan kini sebanyak 7,059.

Jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di negara ini juga kekal sebanyak 114 kes atau 1.61 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya di ibu negara, hari ini, turut memaklumkan seramai 90 lagi pesakit telah sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih dari jangkitan wabak itu ialah 5,796.

Ini menjadikan jumlah kes aktif Covid-19 sekarang adalah 1,149 kes.

“Kes baharu yang dilaporkan hari ini terdiri daripada tiga kes import dari luar negara.

“Daripada 47 kes penularan tempatan, 41 kes adalah bukan warganegara Malaysia di mana 34 kes telah dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) di Bukit Jalil.

“Mereka ini telah berada dalam tahanan sejak sebelum bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac 2020,” katanya.

Noor Hisham berkata, sehingga kini, terdapat 10 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, tujuh kes memerlukan bantuan pernafasan.-http://beritasabah.com

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda