Kesihatan

PELAJAR SABAH TUNGGU GILIRAN BALIK DIDAPATI TELAH POSITIF COVID-19

image

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mendedahkan beberapa pelajar Sabah di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang sedang menunggu giliran untuk penerbangan balik disahkan positif Covid-19.

Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi dalam satu kenyataan berkata, pihak JKNS akan memastikan pengurusan kontak rapat kes-kes ini yang telah balik ke negeri ini dilaksanakan dengan teratur.

“Ketika ini, pelajar Sabah perlu menjalani persampelan ujian Covid-19 sebelum dibenarkan pulang ke kampung halaman menerusi persetujuan di antara pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan Kerajaan Negeri Sabah,” katanya.

Dalam kenyataan beliau sebelum ini, Christina berkata kebanyakan kes-kes baru yang dilaporkan di Sabah adalah kes import iaitu kes yang mendapat jangkitan dari luar negeri.

Ia juga termasuk kes terbaharu yang dicatatkan di Kota Kinabalu, semalam, iaitu membabitkan seorang kanak-kanak.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan agar rakyat di negeri ini tidak leka dengan situasi semasa.

“Wabak ini belum berakhir dan kita harus sentiasa bersedia” katanya.-http://beritasabah.com

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda