Bisnes

Bank-bank Malaysia Masih berkedudukan kukuh depani COVID-19

image

KUALA LUMPUR: Ahli Bersekutu, APAC Financial Institutions, Nancy Duan berkata bank-bank Malaysia berada di kedudukan kukuh berdasarkan kepada pinjaman tidak berbayar (NPL) serta Nisbah Common Equity Tier 1 (CET1) yang membandingkan modal bank berbanding asetnya.

Pada Disember 2019, Nisbah CET-1 bank-bank Malaysia kukuh pada 14 peratus manakala NPL kasar berada pada 1.5 peratus, terendah di rantau ini, katanya.

"Namun terdapat juga beberapa kelemahan dalam profil serta daripada pendapatan dengan pemampatan margin faedah bersih (NIM) konsisten dalam bank-bank Malaysia pada 5.0 hingga 10 mata asas setiap tahun dalam dekad lepas yang akan menjejaskan keupayaan pengekalan pendapatan bank-bank dalam menghadapi impak COVID-19.

"Margin faedah telahpun merosot negatif berbanding bank-bank serantau lain pada tahun-tahun lepas dan dijangka terus turun tahun ini, memandangkan penurunan kadar dasar semalaman oleh Bank Negara Malaysia tahun ini yang dijangka menekankan lagi NIM," katanya pada webinar bertajuk "COVID-19: How are Malaysian Banks Placed in A Turbulent 2020?" di sini, pada Rabu.
Beliau juga menjelaskan bahawa petunjuk ekonomi utama Malaysia juga menunjukkan risiko menurun di tengah-tengah krisis pandemik dengan kadar pengangguran dijangka menyusut daripada 3.3 peratus pada 2019 kepada 4.3 peratus tahun ini.

"Kadar pengangguran mempunyai kolerasi sangat tinggi dengan trend kualiti aset bank-bank Malaysia.

"Bank-bank Malaysia mempunyai perkadaran tinggi pendedahan isi rumah pada 58.2 peratus daripada pinjaman, oleh itu pemberhentian pekerja secara meluas akan membawa kolerasi tinggi ke atas kualiti bank," kata Duan.

Menurutnya, walaupun kos kredit dijangka meningkat kepada hampir 60 mata asas bank-bank Malaysia masih berada di kedudukan yang lebih baik berbanding bank-bank lain di rantau ini.

-- BERNAMA
Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda