Kesihatan

PIHAK POLIS BURU LELAKI INGKAR ARAHAN KUARANTIN

image

KOTA KINABALU: Polis sedang giat mengesan seorang lelaki selepas didapati ingkar terhadap arahan kuarantin di rumahnya di Kampung Cenderakasih, di sini, semalam.

Lelaki berusia 35 tahun itu dikatakan diarah supaya menjalani proses kuarantin selepas dipercayai berhubung rapat dengan salah seorang pesakit Covid-19 dan dia gagal dikesan ketika ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, siasatan awal mendapati, lelaki terbabit dikenakan perintah pengawasan dan pemerhatian di Kampung Cenderakasih.

Bagaimanapun, katanya, lelaki terbabit dikesan melanggar perintah dengan dipercayai berpindah ke lokasi baharu di Kudat.

“Suspek diperintah menjalani kuarantin di Kampung Cenderakasih sejak 8 Mei lalu dan dijadualkan sehingga 21 Mei.

“Dalam ujian pertama pada 18 Mei lalu, suspek dimaklumkan oleh pihak hospital keputusannya adalah negarif.

“Suspek sepatutnya membuat ujian saringan sampel kedua pada 20 Mei lalu di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Habibi berkata, siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai kes jenayah lampau membabitkan Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Sementara itu, Habibi menasihatkan pada masyarakat supaya mengikuti nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia untuk sama-sama mengekang penularan wabak Covid-19.-http://beritasabah.com

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda