Kesihatan

SABAH CATAT SATU KES BARU, SATU KES SEMBUH : COVID-19

image

KOTA KINABALU: Sabah hari ini mencatat pertambahan satu lagi kes Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang pernah direkodkan di negeri ini, setakat ini, sebanyak 338 kes.

Statistik yang dimuat naik Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung dalam Facebook beliau, sebentar tadi, menyaksikan pertambahan kes baharu itu berlaku di Kota Kinabalu.

Semalam, empat daripada enam kes baharu juga dicatatkan di Kota Kinabalu dengan Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Christina Rundi mengesahkan kesemuanya adalah kes import.

Setakat ini juga, jumlah kes Covid-19 yang pernah direkodkan di Kota Kinabalu adalah sebanyak 59 kes dan kini daerah berkenaan juga mempunyai kes aktif yang paling banyak iaitu 10 kes.

Dalam perkembangan sama, seorang lagi pesakit jangkitan wabak itu telah sembuh dan dibenarkan pulang hari ini, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh di Sabah adalah sebanyak 303.

Ini bermakna, jumlah kes aktif yang masih dirawat di negeri ini, ketika ini, adalah sebanyak 30 kes, sama seperti semalam.

Sementara itu, tiada kematian dicatatkan di Sabah, hari ini, dengan jumlah korban akibat Covid-19 di negeri ini kekal lima kes iaitu tiga kes berlaku di Kota Kinabalu manakala Tawau dan Tambunan masing-masing satu kes.

Sabah juga kini menjadi negeri ketujuh tertinggi mencatatkan Covid-19 di belakang Selangor yang mencatat sebanyak 1,665, Kuala Lumpur (1,598), Negeri Sembilan (776), Johor (669), Sarawak (544) dan Pahang (338).-http://beritasabah.com

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda