Berita Semasa

Polis siasat kes Seorang penghantar makanan wanita ditendang hingga jatuh

image

KUALA LUMPUR: Polis menerima laporan berhubung pergaduhan seorang lelaki dengan penghantar makanan wanita di Bandar Puteri, Puchong, pada Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan, pihaknya telah memanggil kedua belah pihak untuk dirakamkan percakapan.

"Siasatan awal mendapati terdapat perselisihan faham antara keduanya namun tiada kecederaan dialami mereka berdua.

"Kertas siasatan akan dilengkapkan dan diminta semua pihak bertenang dan tidak mengeluarkan komen yang boleh memecahkan keamanan dan mendatangkan kegusaran awam," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan pergaduhan seorang lelaki berbaju hijau dan seorang wanita penghantar makanan.

Video itu menunjukkan lelaki berkenaan menendang wanita itu sehingga terjatuh.

Ujar Ismadi kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda