Kesihatan

COVID-19 : MALAYSIA CATAT 37 KES BAHARU, NAMUN TERDAPAT SATU LAGI KEMATIAN

image

KOTA KINABALU: Malaysia hari ini mencatat 37 lagi kes Covid-19 baharu, menjadikan jumlah keseluruhan yang pernah direkodkan di negara ini, setakat ini, sebanyak 6,978 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang mediannya di Putrajaya, hari ini, berkata kes baharu yang dilaporkan itu terdiri daripada dua kes import dan 35 penularan tempatan.

Beliau turut memaklumkan seramai 31 lagi pesakit Covid-19 di negara ini telah sembuh dan discaj menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih setakat ini sebanyak 5,656.

Ini menjadikan jumlah kes aktif Covid-19 ialah 1,218 kes.

Daripada jumlah itu, sebanyak 11 pesakit kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan enam daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Noor Hisham juga hari ini memaklumkan satu lagi kematian baru dilaporkan, menjadikan jumlah korban akibat Covid-19 di Malaysia ialah sebanyak 114 kes.

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda