Berita Semasa

Tenaga Nasional Berhad (TNB) beri diskaun RM288 juta sepanjang PKP, PKPB

image

PUTRAJAYA: Semua pelanggan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menerima diskaun berjumlah RM288 juta sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, diskaun itu direkodkan sehingga 17 Mei 2020 dan 67 peratus daripadanya merupakan pengguna domestik manakala selebihnya melibatkan perindustrian.

“Majoriti jumlah ini telah memanfaatkan rakyat dari segi mengurangkan beban bayaran bil elektrik bulanan terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya dalam siaran langsung Perkongsian Laporan Ke-6 Pencapaian Prihatin - Laksana pada Selasa.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul memaklumkan sehingga 17 Mei 2020, kerajaan menerima 4.4 juta permohonan bagi program i-Lestari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Sebanyak 3.9 juta permohonan telah diluluskan iaitu peningkatan daripada 3.7 juta permohonan yang diluluskan dari minggu lalu.

“Jumlah pembayaran ini melibatkan RM1.83 bilion sebulan,” katanya lagi.
Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda