Berita Semasa

APLIKASI SABAHTRACE UNTUK SIMPAN MAKLUMAT PELANGGAN

image

KOTA KINABALU: Semua premis perniagaan dan jabatan kerajaan yang beroperasi kini tidak perlu lagi mengambil nama dan nombor telefon secara manual selepas mengambil suhu badan pelanggan mereka.

Ini kerana Kerajaan Sabah telah memperkenalkan aplikasi Sabahtrace bagi menyimpan maklumat setiap pelanggan seperti nama, nombor telefon dan suhu badan ketika berurusan.

Aplikasi berkenaan adalah inovasi yang diperkenalkan bagi memastikan penyimpanan maklumat pelanggan termasuk suhu badan selamat dalam usaha memerangi penularan wabak Covid-19 di negeri ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong berkata, aplikasi itu hanya menggunakan sistem Kod QR yang boleh diimbas menggunakan telefon bimbit oleh pelanggan sebelum mereka mengisi sendiri maklumat diperlukan.

“Untuk menggunakan aplikasi ‘Sabahtrace’, pengguna hanya perlu mendaftar di https://sabahtrace.my untuk mendapatkan QR ID Entry dan seterusnya mencetak QR Code untuk dipamerkan di ruang pintu masuk utama premis masing-masing.

“Para pekerja dan pengunjung hanya perlu menggunakan aplikasi QR Code Reader bagi membolehkan imbasan ke atas QR Code Premis dan seterusnya mendaftarkan nama dan nombor telefon ke dalam sistem,” katanya. –http://beritasabah.com

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda