Kesihatan

MALAYSIA CATAT 47 KES BAHARU HARI INI, TIADA KEMATIAN : COVID-19

image

KOTA KINABALU: Malaysia hari ini mencatat 47 kes Covid-19 baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang pernah direkodkan, setakat ini, sebanyak 6,941 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya di ibu negara, hari ini, berkata daripada jumlah kes baharu itu, 21 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, 26 kes lagi penularan tempatan dengan 17 kes membabitkan warga asing.

“Hari ini sebanyak 44 kes sudah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang dan dengan pertambahan kes sembuh itu, ia menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 5,615 kes atau 80.9 peratus dari keseluruhan kes.

“Sehingga jam 12 tengah hari tadi juga, tiada pertambahan kes kematian disebabkan Covid-19 dengan jumlahnya kekal 113 kes,” katanya.

Noor Hisham turut memaklumkan, sehingga kini, terdapat 13 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, enam kes memerlukan bantuan pernafasan. –http://beritasabah.com

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda