Jenayah

Ramai pelanggan Menulis nama “Superman”, beri nombor telefon palsu

image

PUTRAJAYA: Ramai pelanggan didapati memberikan butiran diri yang tidak benar kepada pengusaha kedai, seperti memberi nombor telefon palsu dan menulis nama sebagai adiwira komik terkenal, seperti Superman dan Batman, atau Badang.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata butiran palsu ini akan menyukarkan pihak berkuasa membantu mereka sekiranya berlaku apa-apa kecemasan, seperti terdedah kepada orang yang dijangkiti Covid-19.

“Kalau jadi apa-apa tak boleh hubungi mereka,” katanya pada sidang media hari ini, ketika ditanya adakah perniagaan masih meminta nombor kad pengenalan pelanggan.

Sebelum ini, kerajaan berkata perniagaan seperti pasar raya hanya perlu mengambil nama dan nombor telefon pelanggan, susulan kebimbangan dan rungutan orang ramai mengenai pengambilan nombor kad pengenalan dan alamat kediaman.

Ismail berkata ada perniagaan meminta kad pengenalan bagi mengesahkan nama yang diberikan.

Beliau meminta semua orang memberikan nama dan nombor telefon sebenar supaya mereka yang terdedah kepada Covid-19 boleh diselamatkan.

“Siapa Superman? Nombor telefon tak betul. Akhirnya susah mereka.”

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda