Berita Semasa

KES COVID-19 DI KENINGAU MASIH DALAM SIASATAN

image
KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sedang menyiasat kes positif COVID-19 melibatkan kakitangan di Hospital Keningau, kata Pengarahnya Datuk Dr Christina Rundi. Beliau berkata, punca jangkitan bagi kes tersebut masih dalam siasatan. “Bagaimanapun, siasatan awal mendapati jangkitan mungkin daripada kakitangan lain yang dijangkiti semasa menghadiri mesyuarat di luar daerah sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan, di sini. Sehubungan itu, Christina meminta orang awam tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan diskriminasi terhadap pesakit COVID-19 dan keluarga sehingga menyebabkan suasana panik dalam kalangan masyarakat di daerah terlibat. Mengenai perkembangan COVID-19 di Sabah, Christina berkata, terdapat dua kes baharu dilaporkan semalam, masing-masing di Papar dan Keningau, menjadikan jumlah keseluruhan kes wabak itu bagi negeri ini ialah sebanyak 240 kes. “JKNS telah menjalankan saringan pemeriksaan ke atas 182,300 orang setakat semalam, dengan sebanyak 10,054 sampel yang telah diambil,” katanya./BERITA SABAH
Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda