Kesihatan

TIADA KES BARU DI SABAH HARI INI, JUMLAH KES AKTIF MENURUN : COVID-19

image

KOTA KINABALU: Tiada kes positif Covid-19 baharu dicatatkan di Sabah hari ini dengan jumlah keseluruhan kes yang pernah direkodkan kekal sebanyak 33.

Statistik terbaharu yang dimuat naik Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung dalam Facebook beliau, sebentar tadi, turut menunjukkan tiga lagi pesakit telah sembuh dan discaj.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh di Sabah, setakat ini, ialah sebanyak 299 dan perkembangan itu turut menjadikan jumlah kes aktif yang masih menerima rawatan ketika ini menurun kepada 27 kes berbanding 30, semalam.

Sementara itu, tiada kematian dicatatkan di Sabah, hari ini dengan jumlah korban akibat Covid-19 di negeri ini kekal lima kes iaitu tiga kes berlaku di Kota Kinabalu manakala Tawau dan Tambunan masing-masing satu kes.

Sabah juga kekal negeri keenam tertinggi mencatatkan Covid-19 di belakang Selangor yang mencatat sebanyak 1,636, Kuala Lumpur (1,528), Negeri Sembilan (776), Johor (668), dan Sarawak (544). –http://beritasabah.com

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda