Kesihatan

22 KES BAHARU DI MALAYSIA, JUMLAH KES SEMBUH CECAH 80 PERATUS : COVID-19

image

KOTA KINABALU: Malaysia hari ini mencatat 22 kes positif Covid-19 baharu, menjadikan jumlah keseluruhan yang pernah direkodkan, setakat ini, sebanyak 6,894 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang mediannya di ibu negara, hari ini, memaklumkan daripada jumlah kes baharu itu, lima adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, manakala 17 kes adalah penularan tempatan dengan sembilan kes membabitkan warga asing.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, seramai 59 lagi pesakit jangkitan wabak itu telah sembuh dan discaj, hari ini.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh di negara ini, setakat ini, sebanyak 5,571 atau 80.81 peratus daripada jumlah keseluruhan kes yang pernah direkodkan.

Ini bermakna setakat jam 12 tengah hari tadi, jumlah kes aktif di Malaysia ialah sebanyak 1,210 kes.

Daripada jumlah itu, seramai 13 pesakit kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan tujuh daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Noor Hisham juga memaklumkan tiada kes kematian baru yang dilaporkan, menjadikan angka korban akibat Covid-19 kekal sebanyak 113 orang, iaitu 1.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. –http://beritasabah.com

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda