Luar Negara

Ketegangan As-China boleh jejaskan mesyuarat :WHO

image

Geneva: Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) kini sedang membuat persiapan mesyuarat tahunan, pada minggu depan, bimbang dengan ketegangan antara China dan Amerika Syarikat boleh menghalang sebarang keputusan berkenaan krisis COVID-19 ini.

Mesyuarat tahunan yang diadakan kali pertama itu turut mengundang menteri kesihatan dan orang kenamaan lain untuk menyertai secara virtual selepas berbulan-bulan berdepan dengan pandemik COVID-19.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata mesyuarat itu akan menjadi antara yang terpenting sejak ia ditubuhkan pada 1948.

Namun, katanya, peluang untuk mencapai kesepakatan mengenai langkah global mengatasi krisis ini diancam oleh hubungan tegang antara dua ekonomi terbesar dunia iaitu China dan AS.

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda