Berita Semasa

INGIN MASUK SABAH UNTUK URUSAN RASMI PERLU KEBENARAN : JKM

image

KOTA KINABALU: Orang awam yang ingin memasuki Sabah untuk tujuan ‘essential services’ dan urusan rasmi perlu mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Ketua Menteri (JKM) dengan mengisi Borang Kelulusan Khas secara dalam talian.

Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Christina Rundi berkata borang berkenaan boleh diakses melalui capaian di https://forms.gle/GfQBdvBDDZXp9JyH8.

“Penyediaan dokumen yang berkaitan dan keputusan ujian COVID-19 akan melancarkan urusan kemasukan ke Sabah.

“Keperluan kuarantin dan tempat kuarantin bergantung kepada penilaian ke atas tujuan kemasukan, risiko dan tahap kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan di ini, hari ini.

Beliau berkata individu yang mahu memasuki Sabah juga dinasihatkan menghubungi Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) melalui talian 088-219455.

Dr Christina juga menasihatkan agar semua individu yang akan balik ke Sabah untuk sentiasa mengamalkan penjarakan sosial, memakai penutup hidung dan mulut, serta memastikan saringan gejala dan suhu badan dibuat dipintu masuk. –http://beritasabah.com

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda