Luar Negara

Pihak Polis akan jejak pihak ‘curi-curi’ rentas negeri

image

Shah Alam: Polis akan terus menjejaki individu atau mana-mana pihak yang merentas sempadan negeri secara ‘curi-curi’ untuk pulang ke kampung.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, larangan rentas negeri masih dikuatkuasakan dan pihak polis telah mula melakukan sekatan di sempadan negeri.

Justeru menurutnya, masyarakat yang mempunyai maklumat perlu tampil mendedahkan ketidakpatuhan yang berlaku.

“Yang ‘curi-curi’ tu saya tidak tahu betul atau tidak. Kadang-kadang provokasi sahaja.

“Kalau boleh, kalau betul mereka ‘curi-curi’, ambil gambar merekalah. Macam dulu ada yang pernah swafoto, silakan. Pihak polis pasti cari mereka,” katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyurat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda