Berita Semasa

Tokan dadah Berubah agresif cuba lolos dari serbuan

image

LANGKAWI: Seorang lelaki dipercayai tokan dadah ditahan sewaktu sedang menunggu pelanggan di tepi jalan di Kampung Mata Ayer dekat Langkawi, awal pagi Jumaat.

 

Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim, lelaki berusia 32 tahun itu bagaimanapun, bertindak agresif untuk melarikan diri ketika anggotanya cuba menahannya.

 

Katanya, tangkapan dilakukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik ketika melakukan rondaan cegah jenayah dan ternampak kelibat suspek dalam keadaan mencurigakan.

 

Jelas Mohd Iqbal, hasil pemeriksaan menemui sembilan paket plastik lutsinar berisi dadah jenis heroin seberat 46.20 gram.

 

Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morfin.

 

Semakan rekod mendapati suspek turut memiliki rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan dadah dan mengaku mendapat bekalan dadah daripada seorang lelaki dikenali Man.

 
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda