Berita Semasa

Harga Minyak RON95, RON97 naik 6 sen, diesel naik 5 sen

image

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 6 sen seliter iaitu daripada RM1.55 seliter kepada RM1.61 seliter, manakala harga runcit petrol RON95 naik sebanyak 6 sen seliter iaitu daripada RM1.25 seliter kepada RM1.31 seliter.

Sementara itu harga runcit diesel naik sebanyak 5 sen seliter iaitu daripada RM1.40 seliter kepada RM1.45 seliter.

Harga runcit produk petroleum terbabit adalah bagi tempoh 16 Mei 2020 hingga 22 Mei 2020.

Menerusi kenyataan media Kementerian Kewangan pada Jumaat, kenaikan ini adalah disebabkan oleh peningkatan harga minyak yang diproses (refined product), selari dengan kenaikan harga minyak mentah dunia.

Walaubagaimanapun, Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.



Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda