Kesihatan

SABAH TIADA KES BARU, TIGA LAGI SEMBUH:COVID-19

image

KOTA KINABALU: Sabah mencatat sifar kes Covid-19 baharu buat hari kedua berturut-turut dengan jumlah keseluruhan kes yang pernah direkodkan kekal 330.

Statistik yang dimuat naik Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung di Facebook beliau, sebentar tadi, turut menunjukkan tiga lagi pesakit jangkitan wabak itu telah sembuh dan dibenarkan pulang, hari ini.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh dan discaj di Sabah setakat ini ialah sebanyak 296 orang.

Kes sembuh yang dicatatkan hari ini juga menjadikan jumlah kes Covid-19 aktif yang masih menerima rawatan di Sabah menurun menjadi 30 kes berbanding 33, semalam.

Dalam perkembangan sama tiada kematian dicatatkan di negeri ini, hari ini, dengan jumlah korban akibat jangkitan wabak itu kekal empat orang iaitu dua di Kota Kinabalu dan masing-masing satu di Tawau serta Tambunan.

Sabah juga kekal negeri keenam tertinggi mencatatkan Covid-19 di belakang Selangor yang mencatat sebanyak 1,627, Kuala Lumpur (1,508), Negeri Sembilan (776), Johor (668), dan Sarawak (544). –http://beritasabah.com

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda