Jenayah

Curi enjin, 4 individu dari Pulau Gaya Berjaya diberkas

image

Kota Kinabalu:Pasukan Polis Marin (PPM) Kota Kinabalu berjaya menyelesaikan kes curi enjin sangkut kurang 24 jam di perairan Kota Kinabalu.

PPM Kota Kinabalu berjaya memberkas seramai empat individu yang berumur lingkungan 29 sehingga 34 tahun dan kesemua warga tempatan yang berasal daripada Pulau Gaya, pagi tadi.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah ACP Hj. Mohammad Pajeri Bin Ali, berkata, pihaknya menahan 3 individu dan hasil soal siasat, mereka menunjukkan tempat enjin sangkut tersebut disembunyikan dan Hasil pemeriksaan telah menjumpai enjin 15HP Yamaha yang diletakkkan di atas jeti dan ditutupi dengan pukat di dalam tong hitam.

Seorang individu lain turut ditahan selepas disyaki memiliki enjin curi 1 unit enjin 115 HP Yamaha yang telah dileraikan dan diletakkan diatas Jeti tidak bernombor di kampung Lok Baru, Pulau Gaya.

Beliau berkata, enjin sangkut dan kesemua suspek berkenaan telah di bawa ke Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu untuk Siasatan lanjut. Kesemua nilai rampasan berjumlah RM 22,400.

Selain itu, kesemua suspek akan didakwa di bawah seksyen 379 Kanun Keseksaan (kes curi enjin sangkut) iaitu jenayah mencuri yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih tujuh tahun, jika sabit kesalahan.

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda