Kesihatan

SABAH SIFAR KES HARI INI, DUA LAGI TELAH SEMBUH : COVID-19

image

KOTA KINABALU: Tiada kes baharu dicatatkan di Sabah, hari ini, dengan jumlah keseluruhan kes yang pernah direkodkan setakat ini sebanyak 330.

Statistik yang dimuat naik Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung dalam Facebook beliau, sebentar tadi, turut menyaksikan dua lagi pesakit telah pulih dan dibenarkan pulang, hari ini.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh di negeri ini, setakat ini, sebanyak 293.

Berikutan itu juga, jumlah kes Covid-19 aktif yang masih dirawat di negeri ini, setakat ini ialah sebanyak 33, turun dua kes berbanding 35, semalam.

Dalam perkembangan sama tiada kematian dicatatkan di negeri ini, hari ini, dengan jumlah korban akibat jangkitan wabak itu kekal empat orang iaitu dua di Kota Kinabalu dan masing-masing satu di Tawau serta Tambunan.

Sabah juga kekal negeri keenam tertinggi mencatatkan Covid-19 di belakang Selangor yang mencatat sebanyak 1,613, Kuala Lumpur (1,493), Negeri Sembilan (775), Johor (668), dan Sarawak (544).-http://beritasabah.com

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda