Kesihatan

SABAH CATAT SATU KES BAHARU HARI INI, TIGA LAGI SEMBUH : COVID-19

image

KOTA KINABALU: Selepas meningkat mendadak, semalam, Sabah hari ini mencatat pertambahan satu kes Covid-19 baharu, menjadikan jumlah kes yang pernah direkodkan di negeri ini, setakat ini, sebanyak 328 kes.

Semalam, sebanyak 10 kes baharu dicatatkan selepas negeri ini beberapa hari merekodkan sifar kes baharu jangkitan wabak berkenaan.

Statistik yang dimuat naik Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung dalam Facebook beliau, sebentar tadi, menyaksikan pertambahan satu kes terbabit berlaku di daerah Kota Kinabalu.

Sementara itu, seramai tiga lagi pesakit Covid-19 di negeri ini telah sembuh dan dibenarkan pulang.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh di Sabah, setakat ini, ialah seramai 2 orang.

Ini bermakna jumlah kes aktif yang masih dirawat ketika ini ialah sebanyak 31, kurang dua berbanding 33 kes, semalam.

Dalam perkembangan sama tiada kematian dicatatkan di negeri ini, hari ini, dengan jumlah korban akibat jangkitan wabak itu kekal empat orang iaitu dua di Kota Kinabalu dan masing-masing satu di Tawau serta Tambunan.

Sabah juga kekal negeri keenam tertinggi mencatatkan Covid-19 di belakang Selangor yang mencatat sebanyak 1,610, Kuala Lumpur (1,470), Negeri Sembilan (742), Johor (667), dan Sarawak (543).-http://beritasabah.com

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda