Berita Semasa

TINDAKAN TERHADAP YANG INGKAR PKPB MULAI ESOK : PKPB

image

KOTA KINABALU: Tindakan undang-undang akan mula diambil terhadap mereka yang mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai esok.

Menteri kanan (kluster keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang medianya di ibu negara, hari ini, berkata fasa nasihat dan amaran PKPB berakhir hari ini dan susulan itu, pihak polis mempunyai mengambil tindakan terhadap mereka yang ingkar.

Katanya, mereka yang didapati melanggar peraturan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM1,000 atau enam bulan penjara, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

“Saya nak tekankan di sini bahawa undnag-undang Akta 342 masih berkuatkuasa.

“Oleh itu, PDRM diberikan kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan dan SOP di bawah PKPB ini,” katanya.

Sementera itu, Ismail berkata, Perintah kawalan pergerakan (PKP) mungkin dikuatkuasakan semula sekiranya orang ramai gagal mematuhi peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan di bawah PKPB.

“Saya nak tekankan di sini bahawa, apabila kita melonggarkan (PKP) kita mahu rakyat kita patuh kepada setiap peraturan yang dikeluarkan kerana bimbang akan berlaku kes-kes baharu, yang mungkin akan meningkatkan lagi jumlah positif Covid-19.

“Jadi, saya ingin memberikan peringatan bahawa PKPB bukan boleh kekal terus sebagai PKPB, mungkin ia diperketatkan semula.

“Kalau berlaku banyak ketidakpatuhan, bukan perkara yang mustahil akhirnya PKP seperti PKP 1, 2, 3 diperkenalkan semula,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya mematuhi peraturan sekiranya mahu terus menikmati kelonggaran di bawah PKPB.

“Kalau tidak, tidak mustahil kita akan kembali kepada PKP yang asal dan akhirnya membataskan kembali pergerakan kita,” katanya lagi.-http://beritasabah.com

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda