Jenayah

CUBAAN SELUDUP TUJUH TONG GAS TELAH GAGAL

image

TAWAU: Cubaan nekad seorang lelaki menyeludup keluar tujuh tong gas cecair petroleum (LPG) membawa padah apabila bot dikemudi ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritin Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Sungai Tawau, di sini, semalam.

Bagaimanapun, juragan terbabit berjaya meloloskan diri dengan bertindak terjun ke laut dalam kejadian jam 4.30 pagi itu.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim V Siva Kumar, berkata sepasukan anggota melaksanakan Ops Sejahtera dan Ops Cegah Cegah Pati Selatan Covid-19 di perairan berkenaan, sebelum menemui sebuah bot kargo dalam perjalanan keluar dari muara Sungai Tawau, menuju ke laut dipercayai ke sempadan perairan negara.

“Juragan bot kargo bertindak melarikan diri meninggalkan bot kargo di tepi pantai berdekatan.

“Pemeriksaan lanjut ke atas bot tidak menemui sebarang permit kebenaran pemilikan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk membawa tong itu,” katanya.

Siva berkata, semua rampasan termasuk bot kargo dan enjin sangkut dianggarkan bernilai RM16,000.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Enakmen Jahatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah.-http://beritasabah.com

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda