Kesihatan

MALAYSIA CATAT 16 KES BAHARU, ANGKA TERENDAH SEJAK DUA BULAN LALU : COVID-19

image

KOTA KINABALU: Malaysia hari ini mencatat 16 kes Covid-19 baharu iaitu angka kes harian terendah sejak dua bulan lalu.

Pertambahan kes baharu itu juga menjadikan jumlah keseluruhan kes yang pernah direkodkan di negara ini, setakat ini, sebanyak 6,742 kes.

“Daripada 16 kes baru yang dilaporkan hari ini, terdapat tiga kes import dan 13 kes penularan tempatan,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hisham Abdullah dalam sidang medianya, hari ini.

Beliau turut memaklumkan seramai 110 pesakit telah pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah kes pulih kepada 5,223 kes, iaitu 77.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 setakat ini pula adalah sebanyak 1,410 kes.

Daripada jumlah berkenaan, seramai 16 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan tiga daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada kematian baru membabitkan pesakit Covid-19 yang dilaporkan hari ini.-http://beritasabah.com

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda