Luar Negara

Kes positif global kini mencecah 4.15 juta : COVID-19

image

DATA Johns Hopkins University menunjukkan pertambahan kes positif COVID-19 di seluruh dunia.

Jumlah kumulatif kini melepasi 4.15 juta kes.

Amerika Syarikat (AS) satu-satunya negara yang mempunyai kes melebihi 1 juta dengan jumlah kumulatif 1.34 juta.


Data Johns Hopkins University menunjukkan pertambahan kes positif COVID-19 di seluruh dunia.
Data Johns Hopkins University menunjukkan pertambahan kes positif COVID-19 di seluruh dunia.


Empat negara kini mempunyai angka jangkitan melebihi 200,000 iaitu Sepanyol, United Kingdom (UK), Rusia dan Itali.

Manakala, lima negara mempunyai angka jangkitan melepasi 100,000 iaitu Perancis, Jerman, Brazil, Turki dan Iran.

Negara lain masih mempunyai angka positif COVID-19 di bawah 85,000.

Jumlah pesakit yang sembuh seluruh dunia pula meningkat kepada 1.43 juta kes.

Setakat ini, 187 buah negara mempunyai kes pandemik tersebut.

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda