Kesihatan

SABAH MENCATAT 10 KES BAHARU : COVID-19

image

KOTA KINABALU: Sebanyak 10 kes Covid-19 baharu dicatatkan di Sabah, hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang pernah direkodkan kini sebanyak 327.

Pertambahan kes baharu itu membabitkan empat daerah iaitu di Lahad Datu yang bertambah empat kes, Semporna (3), Keningau (2) dan Tawau (1).

Statistik terbaharu itu disiarkan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung dalam Facebook beliau, sebentar tadi.

Sementara itu, seramai empat lagi pesakit jangkitan wabak itu telah sembuh dan dibenarkan pulang hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini sebanyak 290.

Selepas mengambil kira jumlah kes baharu dan jumlah pesakit yang telah pulih, kes aktif yang masih dirawat di Sabah ketika ini meningkat enam kes iaitu sebanyak 33 berbanding 27, semalam.

Dalam perkembangan sama tiada kematian dicatatkan di negeri ini, hari ini, dengan jumlah korban akibat jangkitan wabak itu kekal empat orang iaitu dua di Kota Kinabalu dan masing-masing satu di Tawau serta Tambunan.

Sabah juga kekal negeri keenam tertinggi mencatatkan Covid-19 di belakang Selangor yang mencatat sebanyak 1,607, Kuala Lumpur (1,458), Negeri Sembilan (742), Johor (667), dan Sarawak (543)./http://beritasabah.com

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda