Luar Negara

16 dijangkiti ketika majlis berbuka puasa

image

Bahrain: Seramai 16 sekeluarga di Bahrain dijangkiti Covid-19 selepas menghadiri majlis berbuka puasa keluarga.

Saudi Gazzete yang memetik laporan Kementerian Kesihatan negara itu melaporkan jangkitan berpunca daripada seorang ahli keluarga itu yang positif wabak berkenaan.

Laporan itu menyebut keluarga berkenaan tidak mematuhi larangan untuk perjumpaan berkumpulan, memakai pelitup muka dan penjarakan sosial.

Antara yang dikesan positif termasuk ibu bapa, adik-beradik dan anak mereka.

Setakat semalam, Bahrain merekodkan 4,774 kes positif Covid-19 dengan lapan kematian, manakala 2,055 pesakit sembuh.

Negara kecil itu membenarkan kilang industri dan perniagaan kembali beroperasi minggu lalu, selepas kerajaan mula melonggarkan perintah kawalan.

Pihak berkuasa sebelum ini mengarahkan semua perniagaan bukan keperluan ditutup pada akhir Mac dan melarang kemasukan warga asing.

Bagaimanapun, tiada perintah berkurung dilaksanakan.

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda