Kesihatan

70 KES BAHARU DI MALAYSIA HARI INI : COVID-19

image

KOTA KINABALU: Malaysia hari ini mencatat sebanyak 70 kes Covid-19 baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini ialah sebanyak 6,726.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang mediannya, hari ini, turut memaklumkan daripada 70 kes terbabit, 13 adalah kes import manakala selebihnya adalah kes jangkitan tempatan.

Sementara itu beliau berkata seramai 88 lagi pesakit jangkitan wabak itu telah sembuh dan dibenarkan pulang hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini sebanyak 5,113 atau 76 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ini bermakna, Malaysia kini mempunyai 1,504 kes aktif yang masih menerima rawatan.

Daripada jumlah berkenaan juga, seramai 20 pesakit kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan tujuh daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam perkembangan sama, Noor Hisham turut memaklumkan satu lagi kematian akibat Covid-19 dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah korban akibat wabak itu di Malaysia ialah 109./http://beritasabah.com

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda