Jenayah

12 LELAKI DITAHAN LEKA SABUNG AYAM DITAHAN

image

12 LELAKI LEKA SABUNG AYAM DITAHAN

SANDAKAN: Seramai 12 lelaki yang sedang leka bermain sabung ayam ditahan menerusi serbuan ke atas sebuah ladang kelapa sawit, di Batu 18, dekat sini.

Dalam kejadian petang semalam itu, sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan membuat operasi selepas menerima maklumat mengenai aktiviti judi di kawasan itu.

Ketika ditahan, semua lelaki berusia antara 26 hingga 55 tahun itu dikatakan sedang leka bermain sabung ayam.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin ketika dihubungi mengesahkan kes terbabit.

Beliau berkata, semua suspek kemudian dibawa ke IPD Sandakan untuk siasatan lanjut, manakala 12 ekor ayam yang dipercayai digunakan untuk aktiviti itu turut dirampas.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Enakmen Kebajikan Haiwan 2015 dan Peraturan 12 (1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda