Kesihatan

MALAYSIA CATAT 96 LAGI KES PULIH HARI INI, TIADA KEMATIAN : covid-19

image

KOTA KINABALU: Seramai 96 lagi pesakit Covid-19 di negara ini telah pulih dan dibenarkan pulang, hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 5,025 atau 75.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang mediannya hari ini, berkata terdapat 67 jangkitan baru setakat tengah hari ini, 49 daripadanya membabitkan warga asing.

Ini menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan sebanyak 6,566 kes.

Noor Hisham turut memaklumkan tiada kematian yang direkodkan, dengan jumlah korban kekal 108, setakat ini./http://beritasabah.com

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda