Kesihatan

54 KES BAHARU DI MALAYSIA, SATU LAGI REKOD KEMATIAN : COVID-19

image

KOTA KINABALU: Malaysia hari ini mencatat 54 kes Covid-19 baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang pernah direkodkan di negara ini, setakat ini, sebanyak 6,589.

Daripada jumlah itu, sebanyak 53 daripada jumlah kes yang dicatatkan hari ini adalah jangkitan tempatan.

Selain itu, seramai 65 lagi pesakit telah sembuh dan dibenarkan pulang, hari ini, dengan jumlah keseluruhan kes sembuh kini seramai 4,929 orang.

Ini bermakna, jumlah kes Covid-19 yang masih aktif adalah sebanyak 1,552.

Dalam perkembangan sama, seorang lagi korban baharu dilaporkan dalam tempoh tiga hari, menjadikan jumlah kematian kini seramai 108 orang.

Kes kematian terbaru itu merupakan wanita warganegara Malaysia berumur 74 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit autoimun, darah tinggi dan penyakit tiroid.

Beliau dirawat di Hospital Melaka pada 29 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia semalam./http://beritasabah.com

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda