Jenayah

LELAKI DIPERCAYAI PENGEDAR ROKOK SELUDUP TELAH DITAHAN

image

BELURAN: Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang lelaki dipercayai pengedar rokok seludup dalam kejadian di Jalan Simpang Sapi Nangoh, di sini, semalam.

Suspek berusia 30 tahun itu berjaya ditahan sepasukan anggota PGA Batalion 15 Sandakan yang melakukan risikan dan terserempak dengan suspek kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Sebelum kejadian, suspek yang memandu kereta pacuan empat roda dipercayai dalam perjalanan dari Telupid ke kawasan kedai di Sapi Nangoh untuk menghantar bekalan rokok seludup.

Pegawai Memerintah PGA Batalion 15 Sandakan, Superintendan Toipi Lamat, berkata ketika diperiksa, pihaknya menemui 426 rokok seludup pelbagai jenis yang disembunyikan di belakang kenderaan terbabit.

“Turut ditemui minuman keras yang dipercayai tidak bercukai.

“Berdasarkan siasatan, suspek dipercayai sudah lama melakukan kegiatan ini, namun terlepas kerana menggunakan laluan tikus,” katanya di sini, hari ini.

Toipi berkata, anggaran keseluruhan rampasan termasuk kenderaan bernilai RM167,551 dan suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran untuk siasatan mengikut Akta Kastam 1967./http://beritasabah.com

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda