Berita Semasa

MADIUS MEYALURKAN 820KG BERAS KEPADA BADAN KEAGAMAAN

image

TAMPARULI: Sebanyak 820 kilogram beras diagihkan Ahli Parlimen P170 Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau kepada beberapa badan keagamaan, di sini, hari ini.

Ia merangkumi Seventh-Day Adventist (SDA) Mission Tamparuli Sabah, Masjid Al-Hidayah Pekan Kiulu, San Damiano Convent Kiulu dan La Foresta of Franciscan Hermitage.

Madius menyampaikan sumbangan beras kepada Presiden SDA Mission Sabah, Pastor Nelson Bendah.

“Langkah ini telah kita ambil melalui Biro Agama Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Tuaran.

“Saya berharap bantuan beras ini serba sedikit dapat membantu meringankan beban kepada mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini,” kata Madius.

Beliau yang juga Presiden UPKO berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan penyerahan sumbangan tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Masjid Al-Hidayah Kiulu, Toisin Selamat berkata ketika, beliau sangat menghargai sumbangan beras yang diberikan.

Toisin Selamat

“Saya bagi pihak bagi pihak Ahli Jawatankuasa Masjid ingin mengucapkan setinggi-tinggk terima kasih kepada Datuk Seri Madius dan mendoakan agar usaha ini diberkati Allah SWT,” katanya.

Biarawati La Foresta, Joan Michael turut senada dengan Toisin dan menyifatkan bantuan tersebut menunjukkan pemimpin rakyat sentiasa perihatin dengan badan-badan keagamaan.

“Kami sangat gembira kerana Ahli Parlimen sudi mengunjungi kami di sini dengan membawa sekali sumbangan-sumbangan ini. Kami sangat menghargai apa yang telah diberikan,” katanya.

Biarawati Joan Michael

Hadir sama Setiausaha Politiknya Joisin Romut, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kiulu, Suali Sikir dan Kapitan George Teo.

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda