Jenayah

Hampir 5,000 jenayah siber tahun ini:, Ini senarai kawalan Sendiri untuk anda!

image

KUALA LUMPUR: CyberSecurity Malaysia merekodkan hampir 5,000 kes jenayah siber di negara ini sejak Januari lalu.

Kes dilihat semakin bertambah pada April ekoran majoriti rakyat Malaysia melakukan tugas mereka secara dalam talian sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun, Pakar Keselamatan Rangkaian dan Maklumat Univerisiti Putra Malaysia, Prof. Ts. Dr. Zuriati Ahmad Zukarnain berkata. walaupun literasi digital dalam kalangan rakyat Malaysia berada dalam kedudukan yang baik, namun kesedaran berkenaan jenayah siber masih perlu ditambah baik.

“Peratus yang tertinggi dalam penipuan yang sering berlaku dan dihadapi dalam kalangan masyarakat Malaysia merupakan ancaman fraud (pemalsuan/penipuan).

“Ancaman ini, dari Januari hingga April tahun 2020 berlaku peningkatan yang agak tinggi dan bilangannya sekitar 3,510 kes,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Jelasnya, pelbagai langkah pengawalan kendiri boleh dilakukan rakyat Malaysia bagi mengelak daripada menjadi mangsa jenayah siber.

“Mesti sentiasa waspada dengan jenayah siber. Tidak dinafikan bahawa jenayah siber akan sentiiasa ada selagi urusan dalam talian berlangsung.

“Kita mesti fikir sebelum klik dan sekiranya kita tertipu dan menjadi mangsa, cepat lapor kepada pihak berwajib,” ujarnya.

Ini antara langkah pencegahan dan tips keselamatan siber untuk anda:

FIKIR SEBELUM KLIK

  • Jangan klik / buka lampiran yang tidak diketahui
  • Tatabahasa/ejaan yang lemah
  • Perhatikan URL laman web
  • Kata kunci berbentuk emosi
  • Jangan terlalu percaya
  • Ancaman/tuntutan langsung
  • Nama syarikat tidak sepadan dengan alamat e-mel
  • Kunjungi laman web secara langsung, bukan melalui pautan dalam e-mel
  • Jangan biarkan rasa ingin tahu membuat anda bertindak tidak rasional
  • Jangan membalas e-mel yang mencurigakan kepada orang lain

ANDA MANGSA PENIPUAN SIBER?

  • Analisis PC
  • Tukar kata laluan
  • Hubungi institusi kewangan
  • Tutup akaun jika terjejas

TIPS KESELAMATAN SIBER

  • Pastikan kata laluan selamat
  • Kemaskini perisian keselamatan
  • Simpan, lindungi maklumat
  • Elak mudah terpedaya
  • Beretika menggunakan internet, media sosial
  • Waspada dengan jenayah siber
  • Fikir sebelum klik
  • Cepat lapor pihak berwajib
  • Ambil tahu ancaman siber terkini                    


    JANGAN  BIARKAN ARTIKEL INI DISINI, BANTU KAMI SHARE UNTUK INFOP DAN KEBAIKAN KITA SEMUA !
Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda