Sukan

ATLET KARATE SABAH TERUSKAN LATIHAN, YANG MUSLIM AKAN DIBERI KELONGGARAN

image

KOTA KINABALU: Atlet karate Sabah meneruskan latihan di rumah masing-masing bagi mengekalkan kecergasan dan persiapan menghadapi temasya Sukan Malaysia (Sukma) yang dijadualkan tahun depan.

Bagaimanapun, atlet yang beragama Islam diberi pengecualian untuk menjalani latihan namun disarankan cuba lakukan yang terbaik untuk mengekalkan kecergasan tanpa mengganggu ibadah puasa.

“Kami memberi sedikit kelonggaran kepada atlet yang beragama Islam namun saya harap mereka akan cuba mengekalkan kecergasan di bulan Ramadan ini.

“Bagaimanapun, latihan masih diteruskan seperti biasa untuk atlet bukan Muslim sepanjang bulan Ramadan dan latihan masih dibuat di rumah masing-masing kerana masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

“Apapun, latihan belum lagi begitu berat terutama untuk atlet SUKMA (Sukan Malaysia) kami kerana edisi ke-20 SUKMA 2020 Johor hanya akan diadakan tahun depan,” kata Setiausaha Agung Persatuan Karate Sabah (SKA), Julian Chin.

Tambah beliau, program latihan termasuk jadual latihan pusat akan disusun semula selepas PKP berakhir.

Sementara itu, SKA juga masih menunggu keputusan dari Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) berhubung penganjuran edisi ke-40 Kejohanan Karate Senior Kebangsaan Terbuka MAKAF 2020 yang telah ditunda.

Sabah sepatutnya menjadi tuan rumah kejohanan itu pada Jun depan tetapi ianya telah ditangguhkan berikutan penularan pandemik Covid-19 di negara ini

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda