Berita Semasa

KERAJAAN SABAH AKAN LAKSANA PKP 5 SECARA BERPERINGKAT

image

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kerajaan Sabah akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahap kelima secara berperingkat mulai hari ini tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau berkata sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi untuk peringkat permulaan adalah Sektor Pertanian dan Industri Makanan (serta rangkaiannya), Sektor Perkilangan dan Pembuatan (serta rangkaiannya) dan operasi logistik seperti pengangkutan darat, jeti dan pelabuhan.

“Kerajaan negeri juga memutuskan kilang-kilang dan ladang-ladang sawit di Lahad Datu, Kunak dan Kinabatangan dibenarkan beroperasi semula tertakluk kepada pengesahan bebas Covid-19 daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

“Kerajaan Negeri mengambil maklum akan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam kawasan Tempatan Jangkitan) (No.5) 2020, yang mula berkuatkuasa pada 4 Mei 2020 hingga 12 Mei 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Shafie juga sekali menegaskan bahawa keselamatan dan kebajikan rakyat Sabah merupakan keutamaan Negeri Sabah.

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda