Jenayah

21 SUSPEK AMAT DIKEHENDAKI ESSCOM

image

LAHAD DATU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengeluarkan senarai terkini 21 suspek dikehendaki, termasuk tiga individu terbaharu yang disyaki terbabit dalam jenayah rentas sempadan di pantai timur Sabah.

Tiga individu terbaharu itu ialah Mamay Aburi, Basaron Arok dan Alvin Yusof @ Arab Puti.

Difahamkan, Mamay Aburi adalah ketua Jamaah Group Zamboanga Del Norte yang terbabit dalam kes berbalas tembakan bersama pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada 20 Disember tahun lalu

Basaron Arok pula adalah ketua kumpulan culik untuk wang tebusan (KFRG) Anjang-Anjang yang terbabit dalam beberapa kes di Pegasus, manakala Arab Puti adalah kumpulan penculik Apo Mike dan dipercayai menjadi penjaga tebusan di Indanan, selatan Filipina sejak 2016.

Komander ESSCOM Datuk Hazani Ghazali berkata, semua individu itu dipercayai terbabit dengan kumpulan penculikan membabitkan wang tebusan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

“Berdasarkan risikan, semua suspek terbabit dalam merancang jenayah rentas sempadan sepanjang tahun lalu dan masih lagi aktif.

“Senadai ini kita keluarkan selepas siasatan terperinci dan disahkan pasukan keselamatan Filipina,” katanya di sini, hari ini.

Dalam senarai itu juga, turut tersenarai ialah pemimpin kumpulan Abu Sayyaf, Salip Mura dan Hatip Hajan Sawadjaan.

Selain itu, turut disenaraikan adalah Idang Susukan iaitu suspek yang bertanggungjawab memenggal kepala warga Malaysia, Bernard Then Ted Fen yang diculik daripada restoran makanan laut di Sandakan pada Mei 2015.

Idang Susukan

15 lagi suspek adalah Apo Mike @ Majan Sahidjuan, Al Munjir Yadah, Raden Abuh, Marajam @ Manajan Asiri, Sangbas @ Anjang, Hamsan Pakkan @ Black Cobra, Sabri Madrasul @ Salip Jul, Ben Tatoh Quirino, Titing Alihasan @ Iyot Panday, Jul @ Jun Hasan, Jul Aksan Abdurajan @ Halimaw, Tampi @ Bunju, Long Sahirin, Halip Ibrahim dan Haibin Mubin @ Apo Kuhambo.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan individu disenaraikan boleh menghubungi Bilik Gerakan ESSCOM di talian 089- 863181 atau Whatsapp di nombor 013-8803585 atau 019-2305909./beritasabah.com

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda