Kesihatan

TIADA KES BAHARU DI SABAH, SEORANG LAGI SEMBUH : COVID-19

image

KOTA KINABALU: Sabah hari ini sekali lagi tidak mencatat pertambahan kes baharu Covid-19 dengan jumlah keseluruhan kes kekal sebanyak 316.

Selain itu, kes aktif yang masih dirawat juga menurun satu kes selepas seorang lagi pesakit telah sembuh dan dibenarkan pulang hari ini.

Jumlah kes aktif di Sabah kini sebanyak 36 berbanding 37 semalam manakala jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah seramai 276 orang.

Statistik terbaharu itu disiarkan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung dalam Facebook beliau, sebentar tadi.

Dalam perkembangan sama tiada kematian dicatatkan di negeri ini, hari ini, dengan jumlah korban akibat jangkitan wabak itu kekal empat orang iaitu dua di Kota Kinabalu dan masing-masing satu di Tawau serta Tambunan.

Sabah juga kekal negeri keenam tertinggi mencatatkan Covid-19 di belakang Selangor yang mencatat sebanyak 1,564, Kuala Lumpur (1,378), Johor (667), Negeri Sembilan (600), dan Sarawak (536)./beritasabah.com

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda