Kesihatan

30 KES BAHARU DI MALAYSIA, SATU LAGI KEMATIAN DILAPORKAN

image

KOTA KINABALU: Malaysia hari ini mencatat 30 kes Covid-19 baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini sebanyak 6,383.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam sidang medianya, hari ini, turut memaklumkan 30 kes baharu itu adalah kes jangkitan tempatan.

Beliau berkata, seramai 83 lagi pesakit jangkitan wabak itu telah pulih dan dibenarkan pulang, hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kini sebanyak 4,567 atau 71.55 peratus.

Ini bermakna, sebanyak 1,710 kes aktif Covid-19 di Malaysia setakat tengah hari tadi dan daripada jumlah berkenaan, sebanyak 24 dirawat di Unit rawatan rapi, dengan lapan daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam perkembangan sama, Noor Hisham memaklumkan satu lagi kematian baru dilaporkan setakat tengah hari tadi, menjadikan jumlah korban Covid-19 di Malaysia 106 atau 1.66 peratus daripada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan./beritasabah.com

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda