Jenayah

TUJUH SEKELURGA ANTARA DITAHAN TERBABIT DENGAN DADAH

image

KOTA KINABALU: Seramai 31 individu termasuk tujuh sekeluarga ditahan kerana disyaki terbabit aktiviti penyalahgunaan dadah dalam serbuan Op Sarang dan Op Covid-19 di beberapa lokasi, di daerah ini.

Operasi dan serbuan itu dijalankan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu yang bermula 25 April hingga 1 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, tujuh individu yang ditahan di sebuah rumah di daerah ini adalah satu keluarga.

“Hasil serbuan itu, anggota polis turut menemui satu peket plastik berisi dadah jenis syabu seberat 50.48 gram.

“Semua mereka yang berusia 12 hingg 31 tahun disyaki menjalankan aktiviti pengedaran dan penjualan dadah di sekitar daerah ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Operasi dan serbuan itu dijalankan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu yang bermula 25 April hingga 1 Mei lalu.

"Hasil serbuan itu, anggota polis turut menemui satu peket plastik berisi dadah jenis syabu seberat 50.48 gram.

“Semua mereka yang berusia 12 hingg 31 tahun disyaki menjalankan aktiviti pengedaran dan penjualan dadah di sekitar daerah ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda