Kesihatan

122 KES BAHARU DI MALAYSIA, DUA LAGI KEMATIAN : COVID-19

image

KOTA KINABALU: Malaysia hari ini mencatat pertambahan 122 lagi kes Covid-19 baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kes ketika ini sebanyak 6,298.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam sidang media beliau di ibu negara, hari ini, berkata daripada jumlah kes baharu itu, 70 adalah penularan tempatan manakala 52 lagi kes import.

Beliau turut memaklumkan dua lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia hari ini, menjadikan jumlah korban setakat ini kepada 105 orang.

Jumlah pesakit yang sembuh dan dibenarkan pulang hari ini pula adalah 87 orang, menjadikan jumlah kes sembuh kepada 4,413, atau 70 peratus daripada keseluruhan kes.

Setakat ini, jumlah kes aktif di negara ini dengan kebolehjangkitan wabak adalah sebanyak 1,780 kes./beritasabah.com

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda