Berita Semasa

KERAJAAN SABAH TIDAK MELAKSANA PKPB

image

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah tidak akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti mana yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Jumaat lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam satu kenyataan, hari ini, berkata keputusan itu dibuat bagi meneruskan usaha membendung penularan pandemik Covid-19 dan memastikan rakyat tidak terdedah dengan jangkitan virus Covid-19.

“Susulan keputusan itu, Sabah mengekalkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahap 4 yang akan berakhir pada 12 Mei.

“Oleh itu, saya menyeru rakyat untuk terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahap 4 yang sedang berkuatkuasa,” katanya dalam satu kenyataan, di sin, hari ini.

Jumaat lalu, Muhyiddin dalam perutusan sempena Hari Pekerja mengumumkan akan melaksanakan PKPB dengan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan mulai 4 Mei (Isnin).

Muhyiddin berkata, langkah itu susulan dua daripada enam strategi dan perancangan kerajaan dalam memerangi wabak iaitu ketegasan dalam tindakan mengawal Covid-19 dan membina ketahanan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin telah membuahkan hasi

Bagaimanapun, beberapa negeri tidak mengikut langkah kerajaan persekutuan itu termasuk Sarawak dan Kedah manakala Selangor akan melaksanakannya secara berperingkat./beritasabah.com

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda