Jenayah

ENAM INDIVIDU SOLAT TERAWIH BERJEMAAH TELAH DITAHAN

image

ANDAKAN: Pasukan Pemantau Op Covid-19 menahan enam lelaki selepas didapati menunaikan solat isyak dan tarawih berjemaah di sebuah surau, di Kampung Sim-Sim, di sini.

Mereka yang berusia 14 hingga 44 tahun itu ditahan pada Rabu lalu ketika pemantauan bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin mengesahkan penahanan mereka.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk dalam bulan Ramadan iaitu larangan solat berjemaah di masjid atau surau seperti mana ditetapkan pihak berwajib./beritasabah.com

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda