Jenayah

CUBA SELUDUP PETROL KE NEGARA JIRAN GAGAL

image

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai cuba menyeludup minyak petrol ke negara jiran dan merampas 705 liter minyak petrol.

Pada mulanya, dua lelaki masing-masing berusia 19 dan 42 tahun ditahan susulan hasil maklumat Unit Risikan Marin dan siasatan lanjut membawa kepada serbuan ke atas sebuah pondok di Pulau Kulapuan, kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam.

Turut dirampas adalah tiga tong gas, dua bot laju serta tiga buah enjin sangkut dengan anggaran keseluruhan bernilai RM29,968.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Mohammad Pajeri Ali, berkata siasatan turut mendapati lelaki terbabit membawa bekalan petrol sedikit demi sedikit dari pekan dan dikumpul dalam pondok yg sukar dilalui dan dilihat orang awam, namun kegiatan itu berjaya dikesan polis.

“Bot yang digunakan untuk memunggah dan membawa minyak petrol turut dirampas dan dibawa ke Pangkalan PPM Semporna untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961./beritasabah.com

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda